Friday, August 20, 2010

kad raya buat ayahanda dan bonda tercinta


terbang mencari:ayahanda & bonda tercinta
alamat:295, taman syurga indah, 28300 angkasaraya, syurga.



ayahanda & bonda,
kehadapan ayahanda & bonda...kad raya ini anakanda kirimkan ke taman syurga sebagai pengganti diri anakanda buat tatapan kalian berdua......anakanda harap kalian berdua sihat sejahtera dan bahagia di sana....kejauhan ini membuatkan rasa rindu pada kalian berdua semakin membuak-buak...tidak dapat anakanda luahkan dengan kata-kata...


ayahanda & bonda,
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, anakanda ingin memohon sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap secara sedar atau tidak....mungkin ade tingkah laku, tutur kata anakanda yang bisa mencalar hati kalian berdua....tetapi percayalah tidak ada sekelumit dalam hati anakanda ingin berbuat demikin....maafkan segala khilaf yang anakanda lakukan..anakanda berjanji akan menjadi insan yang baik dan bakal kalian berdua banggakan.....


ayahanda & bonda,
Pemergian ramadhan bermakan Syawal akan menjelma tidak lama lagi....maaf anakanda tidak dapat menemani meraikan Syawal dengan kalian berdua di syurga...bukan anakanda tidak ingin meraikan bersama, tetapi jarak memisahkan kita....bagaimana persiapan ayahanda dan bonda di sana???mesti cantik dan kacak kalian berdua dengan jubah putih masing-masing...hanya sekotak al-fatihah anakanda kirimkan buat kalian berdua....hanya jambangan doa anakanda sisipkan buat kalian...moga kalian berdua berbahagia di sana....


ayahanda dan bonda,
tiada apa lagi yang anakanda coretkan....terimalah rasa kasih dan sayang daripada anakmu...muaaaaahhhhh....

anakmu yang merindui,
maslina

2 comments:

  1. al-fatihah, semoga ditempat dlm golongan soleh dan beriman, nak nangis awk baca surat utk ayah dan mak awk..raya ni jemput dtng umah yer

    ReplyDelete
  2. al-fatihah for both of them...thanx ek....okey..jemput dtg umah gak...

    ReplyDelete